KWSP bayar RM500 untuk umur 40 tahun hingga 55 tahun dengan syarat…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini membayar sebanyak RM500 untuk umur 40 tahun hingga 55 tahun dengan syarat individu memounyai simpanan RM10,000 dan ke bawah.

Insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

Kerajaan mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

“Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

“Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” katanya.

Baca juga: Wanita ini dedah buat hubungan intim dengan suami 10 kali sehari