KWSP umum tarikh dapat duit i-Citra

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.

Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari mengikut prosedur bank masing-masing.

Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah juga diminta untk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun.

Sementara itu bagi bayaran secara arahan, ahli akan menerima notis pengambilan atau akan dihubungi oleh cawangan KWSP.

Sebelum ini permohonan pengeluaran i-Citra dibuka mulai 12 Julai lalu melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Bayaran bagi i-Sinar untuk bulan Ogos pula akan diawalkan pada 26 dan 27 Julai, dan pengkreditan akan mengambil masa 1 sehingga 5 hari mengikut prosedur bank.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembayaran-icitra-bermula-2-ogos-309887