Ketika ‘potluck’ atau jamuan, roti jala bersama kari ayam merupakan antara menu wajib yang mesti ada, kalau tiada seperti ada sesuatu yang kurang.
Terbaharu, sebuah video dikongsikan oleh @fikriakram91 memaparkan dirinya menjamu roti jala dengan kari ayam untuk raka sekerjanya di Korea Selatan.
Menerusi video terbabit, Fikri telah masak sendiri menu terbabit dan sedia maklum, bukan mudah untuk masak roti jala. Fikri yang membawa masakan dimasaknya itu ke tempat kerja telah menjamu semua rakan sekerja.
Dalam video terbabit, dapat dilihat rakan-rakan sekerjanya cukup menikmati makanan yang dibawa oleh Fikri dan mengatakan sedap serta ada juga yang menambah.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen teruja melihat reaksi rakan sekerja Fikri.
@fikriakram91 Makan Udang masak lemak dgn ayam goreng Guna tangan. Fuhhh, baru paduuu. Today, no chopsticks, no fork and no spoon. Hidup Melayuu! Kah!!#korealife #korean #melayuboleh #koreanpeople #fyp ♬ WayBackHome – 苏七岁
Malah, ada juga yang memuji Fikri kerana rajin memasak dan difahamkan ini bukan pertama kali dia berkongsi makanan Malaysia hasil air tangannya.