Ramai terkejut Ustaz Don suruh dengar lagu ColdPlay, “Kalau boleh dengar lagu Fix You..”

Lagu Coldplay ‘Fix You’ boleh tahu punca deprasi iaitu punca utama individu menghadapi tekanan kerana tidak tahu kemahuan diri.

Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don mengupas topik ‘Depresi Dari Sudut Islam bagaimanapun beliau meminta untuk mendengar muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay iaitu ‘Fix You’.

Beliau berkata dalam sesi temu bual, benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay.. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.

When you get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.

Sekadar info, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert sulung di Kuala Lumpur pada 22 November depan

Apa yang anda mahu? Anda nak hidup bahagia ka? Anda nak duit banyak ka? Anda nak hati tenang ka? Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Jadi itu punca utama.

Dia dapat dan dia sangka benda yang dia dapat itu tidak selari dengan apa yang dia mahu.

Tekanan ini berlaku bila mana kita tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar. Contoh Siti Maryam. Siti Maryam mahu anak tak? Dia tidak mahu.

Kalau dia mahu, dia kahwin. Betul tak? Kalau dia mahu, dia akan gembira bila Malaikat Jibril datang beritahu, ‘Maryam, kamu ini mengandung anak lelaki.’

Tapi Siti Maryam kata, ‘Macam mana aku boleh mengandung?’ Orang lelaki tak sentuh aku pun. Maknanya dia tak mahu anak. Tapi Allah kata, ‘Maryam mengandung.’ Allah kata jadi. Jadilah.

Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.

Kita doakan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua ini jangan termasuk dalam golongan orang macam itu. Mudah-mudahan Allah sembuhkan dia dari penyakit depresi.

Baca juga: Lelaki ini membebel betapa ‘seronoknya’ tinggal di Puncak Alam- “Lepas hujan timbulnya kolam renang semula jadi tau”