Lah betul ke? Isu pelajar dihina dah settle lama, rupanya pensyarah sendiri bantu dapatkan laptop?
Berikutan isu membabitkan seorang pensyarah yang didakwa menghina pelajarnya gara-gara tidak menggunakan laptop untuk menghadiri kelas atas talian, netizen tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
Betul atau tidak perkara yang berlaku itu? Tetapi yang pasti pihak UiTM telah pun mengeluarkan arahan untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah kontrak berkenaan.
Terbaru, netizen membongkarkan cerita di sebalik kejadian tersebut dan mendakwa sebenarnya ada plot twist di sebalik video berkenaan.
“Student dah grad, video ni last year”
Menurut pengguna Faceboo bernama Dato Rusly Abdullah, video berkenaan telah dirakam pada tahun lepas dan pelajar tersebut juga telahpun tamat pengajian.
Tetapi ada plot twist apabila dikatakan bahawa pensyarah berkenaan sebenarnya telah pun mengusahakan laptop untuk mahasiswa tersebut sehingga dia berjaya tamat pengajian.
Selain itu, pengguna Facebook bernama Syahirah Omar pula berkongsi tangkap layar beberapa pelajar yang mengetahui kisah antara pelajar dan pensyarah tersebut.
iapa sangka, selepas insiden kena hina itu, pensyarah berkenaan dikatakan telah membantu mendapatkan zakat derta komputer riba bagi memudahkan urusan kuliah pelajar terbabit.
“Jika kita mengambil dari sudut positif sebenarnya pensyarah itu memberi nasihat”
Malah seorang lagi individu yang juga merupakan pengamal perubatan, Ahmad Zakimi Abdullah menerusi hantarannya menjelaskan hal yang serupa setelah dia menyiasat sendiri apa yang berlaku di sebalik isu tersebut.
Ahmad Zakimi memberitahu yang dia telah ‘mencari’ pelajar berkenaan dengan membuat hantaran di Facebook dan Twitter sebelum menerima maklumat dari private message yang mengatakan video terbabit merupakan video tahun lepas dan disebarkan rakan pelajar berkenaan.
“Jika kita mengambil dari sudut positif sebenarnya pensyarah itu memberi nasihat seperti seorang ibu-ibu kepada seorang anak-anak.
“Kita lupakan kata-katanya yang dianggap ‘penghinaan’ tentang B40 atau sebagainya. Saya juga bukan orang senang dan saya faham perasaan itu.
“Memang sedikit kasar namun saya percaya itu hanya bebelan ibu nenek kita supaya kita lebih ada jati diri,” katanya.
Baca juga: Belum sempat jumpa anak Ernie, Anuar Zain hanya mampu tatap gambar cucu saudara