Lah, semangkuk mi sup pun berharga RM60? Pelanggan terkejut tetapi terpaksa juga bayar

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Kita mesti belum lupa lagi tentang isu harga ikan siakap yang mahal sehingga lebih RM1,000 perlu dibayar oleh beberapa pengunjung yang datang makan di sebuah restoran di Langkawi.

Terbaru, harga semangkuk mi sup pula mengejutkan seorang pengguna media sosial kerana ianya dijual dengan harga RM60 semangkuk di Sibu!

Alasan yang diberikan tuan kedai pula kerana ikan patin yang digunakan di dalam sup berkenaan adalah ikan patin berharga RM190 per kilogram.

Menurut pengguna tersebut, dia terkejut apabila dimaklumkan harga makanan berkenaan ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.

Kemudian, dia memeriksa semula resit yang diberikan serta menanyakan kepada peniaga soal harga makanan yang terlalu mahal.

Tambah peniaga itu, harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.

Sehubungan itu, dia terpaksa menerima harga tersebut walaupun baginya alasan yang diberikan peniaga terbabit kurang relevan.

Katanya lagi, ini juga merupakan silapnya kerana tidak bertanya terlebih dahulu mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan.