Lahirkan tiga anak lelaki dengan tarikh yang sama namun berbeza tahun, ini rupanya rahsia wanita ini..

Wanita dari Cheshire, Britain melahirkan ketiga tiga anak lelakinya pada tarikh yang sama iaitu 20 Jun namun dalam tahun yang berbeza.

Pada awalnya, doktor memberitahu bahawa dia mungkin tidak dapat hamil kerana menghidap endometris.

Endometris ialah keadaan dimana seseorang itu mengalami keadaan lapisan rahim yang terjejas dan akan menyebabkan keguguran semasa hamil seumur hidup.

Emma Smith, 42 mengatasi kebarangkali satu dalam 133,000 dengan melahirkan tiga anak lelakinya iaitu Alfie James yang berumur tujuh tahun, Jesse Joe empat tahun dan Arley Jay yang dilahirkan pada 20 Jun lalu.

“Ia memang keajaiban yang sempurna. Sama ada seseorang memandang rendah ke atas kami atau apa sahaja yang anda mahu katakan, ketiga-tiga anak ini adalah istimewa dengan cara mereka sendiri,” kata Emma.

Apa yang menjadikan ia lebih istimewa, anak anaknya merupakan bayi pelangi iaitu terma yang digunakan apabila bayi yang dilahirkan selamat selepas si ibu mengalami keguguran.

Baca juga: “Dari bujang duit asyik hilang, suami nekad nak pasang mangga setiap bilik rupanya terbongkar mak mentua…”