Banduan di Brazil tidak boleh lolos kerana dijaga oleh angsa untuk mengawal banduan di sekitar kawasan kompleks penjara kerana menurut staf penjara tersebut.
Sebuah penjara di Santa Catarina, Brazil telah menjadi perhatian ramai apabila penjara tersebut mengguna khidmat angsa untuk mengawal banduan agar tiada yang boleh meloloskan diri.
Memetik laporan Reuters, angsa-angsa tersebut telah dilantik menjadi agen untuk mengawal banduan yang memiliki kemahiran berjaga-jaga yang lebih bagus berbanding anjing.
Pengarah penjara itu mengatakan kompleks penjara itu memang dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan warden penjara yang sentiasa bertugas mengawasi banduan-banduan dan kawasan penjara, namun penggunaan angsa untuk mengawal banduan akan mengukuhkan lagi kawalan di kawasan itu.
Difahamkan, angsa telah dipilih untuk menggantikan tugas anjing sebagai pengawal penjara itu kerana kos menjaga angsa juga adalah lebih murah daripada kos menjaga anjing.
Selain itu, angsa juga memiliki pendengaran yang bagus dan ia akan berbuat bunyi bising jika ia terdengar bunyi aneh seperti ada banduan yang cuba melarikan diri.
Jadi, angsa akan membuat bunyi bising untuk memberi amaran kepada warden atau pengawal penjara.
Baca juga: ‘Jangan normaliasikan semua benda naik harga’- Terkejut pelanggan nasi putih harga RM2.50 sepinggan