“Lain macam betul dia punya pisau roti!” – Netizen ‘tersembur’ tengok Hanis Zalikha potong roti

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Hanis Zalikha yang sedang membuat roti rata-rata netizen terpegun melihat pisau pemotong roti yang dimiliki Hanis Zalikha itu.

Bahkan ada juga pertama kali melihat pisau pemotong roti yang sebegitu kerana seakan gergaji .

Hanis Zalikha dilihat dengan memberikan kepingan roti yang telah siap kepada suami dan anak-anaknya untuk merasa hasil air tangannya itu.

Ekoran itu netizen memberi komen yang melucukan “gergaji ke tu? first time tengok machine macam tu”

“Aku sorang je ke yang terkejut tengok pisau roti dia”

“Terkejut kita masa dia potong roti tu”

Sememangnya pisau sebegitu ada jual dipasaran sekarang ini kerana ianya dapat memudahkan untuk memotong roti yang keras. Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hanis Zalikha yang meraih perhatian ramai.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 101 ribu dan hampir 3 ratus komen.

Hanis Zalikha merupakan anak kedua dari tujuh beradik yang memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dalam dunia peragaan.

Kemudian namanya melonjak naik selepas menyertai beberapa rancangan realiti televisyen sehingga ketika itu pencarian namanya di google mengatasi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

Selepas dari itu, Hanis Zalikha telah berlakon lebih dari 20 filem serta drama sebelum mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti dalam bidang hiburan.

Hanis Zalikha telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Hairul Azreen dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baca juga: Individu dedah misteri terowong besar rahsia di Putrajaya, yang tak siapa tahu!