Lain macam! Lelaki ini sanggup drive kereta dalam sungai semata-mata nak elak jalan jammed

Seorang pemandu di negeri Himachal Pradesh yang memilih untuk memandu SUV-nya di dalam sungai sebagai alternatif untuk menghindari kesesatan lalu lintas mengejutkan orang ramai.

Dalam satu rakaman video yang sedang tular di media sosial, lelaki tersebut kelihatan sedang mengemudikan SUV melalui Sungai Chandra di Lembah Lahaul.

Tindakannya itu sebagai respons terhadap kesesakan di kawasan berbukit negeri tersebut yang disebabkan oleh kehadiran besar-besaran pelancong sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Dia bernasib baik paras air sungai tidak terlalu tinggi, jika tidak dia mungkin hanyut dibawa arus.

Setelah video itu tular, satu laporan polis difailkan terhadap lelaki itu susulan tindakannya memandu di dalam sungai.

“Kenderaan tersebut difailkan di bawah Akta Kenderaan Bermotor 1988 dan bagi memastikan tiada kesalahan sedemikian pada masa hadapan, anggota polis ditempatkan di kawasan tersebut,” kata Superintendan Mayank Chaudhry.

Baca juga: “Bila dah bercerai bekas isteri langsung tak bagi jumpa anak, alasannya sebab anak dah ‘period’ jadi kena ada batas anak dan bapak”