Lain macam nak siasat kes Tangmo Nida, netizen Malaysia gigih berkumpul dalam ‘live’ berita Thailand

Isu kematian aktres Thai, Tangmo Nida nampaknya masih tak menunjukkan mood yang surut di Malaysia. Kalau dilihat, nampaknya rakyat Malaysia lagi berkobar-kobar nak ambil tahu perkembangan kematian tragis pelakon cantik itu.

Terbaru, tular pula di aplikasi TikTok memaparkan sidang media polis Thailand yang disiarkan secara langsung tetapi rata-rata yang hadir berkumpul di situ adalah rakyat Malaysia.

Netizen menganggap perkara itu agak melucukan kerana nampaknya rakyat Malaysia betul-betul mengikuti rapat perkembangan kes berkenaan dan tidak mahu ketinggalan walaupun satu isu.

@zieenice

♬ original sound – Quenn0wl36 – Quenn0wl36

Berita live pun rakyat Malaysia hadir berkumpul

Bukan itu sahaja,berita utama negara itu yang berlangsung secara live juga dihadiri netizen Malaysia biarpun mereka tidak memahami apa yang dilaporkan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kapsyen pengguna TikTok @queenOwl36 yang menulis rakyat Malaysia kini tak tengok lagi berita TV3, tetapi sudah beralih kepada berita Thailand.

@queen0wl36

rata² rakyat Malaysia yg komen..aqu pun xfaham tapi aqu tgok jugak 😂 #justicefortangmo

♬ original sound – Quenn0wl36 – Quenn0wl36