Lain macam! Syarikat ini tawar bonus jika pekerja mampu lari 50 kilometer

Bagi mendorong gaya hidup sihat, sebuah syarikat kertas di Wilayah Guangdong, China, memberikan bonus kepada pekerjanya yang bersenam dengan berlari.

Portal Oddity Central melaporkan bahawa Guangdong Dongpo Paper memberikan ganjaran bonus ini sebagai pengganti kepada skim bonus atau ganjaran kewangan yang biasanya bergantung kepada penilaian prestasi tradisional.

Sebagai tambahan, sebahagian daripada bonus tersebut diberikan berdasarkan prestasi dalam aktiviti kecergasan.”

Pihak pengurusan memutuskan untuk memberikan ganjaran kepada 100 pekerjanya berdasarkan jarak larian yang mampu mereka capai.

Sebagai contoh, seorang pekerja akan layak untuk menerima bonus bulanan penuh jika mereka berhasil berlari sejauh 50 kilometer setiap bulan.

Pekerja akan menerima 60 peratus daripada bonus jika mereka berlari sejauh 40 km, dan 30 peratus untuk 30 km. Sementara itu, peminat larian berpeluang mendapat bonus 30 peratus jika mereka dapat membuktikan bahawa mereka berlari lebih daripada 100 km dalam satu bulan.

“Perniagaan saya hanya boleh bertahan jika pekerja saya sihat,” kata bos Dongpo Paper, Lin Zhiyong, sambil menambah bahawa dia menghabiskan tiga tahun kebelakangan ini dengan menggalakkan pekerjanya menikmati sukan dan kecergasan.

Jarak yang berhasil diterokai oleh pekerja akan dijejaki melalui aplikasi melalui telefon masing masing.

Segala aktiviti terbabit akan menyumbang sebanyak 60 dan 30 peratus daripada jumlah senaman yang diperlukan.

Baca juga: Video konsert dikir barat liar di Bachok tular, netizen tegur UAI