Minyak masak adalah suatu keperluan yang sangat penting untuk kebanyakan isi
rumah. Bahkan, kebanyakan makanan di negara ini memang disediakan dengan
menggunakan minyak masak.Bagaimanapun, jika suatu hari bekalan minyak masak terputus, mungkin cara penyediaan makanan perlu diubah atau anda boleh mencari bahan lain yang memiliki fungsi yang serupa dengan minyak dalam penyediaan makanan.Berbicara mengenai hal itu, seorang pengguna TikTok dengan nama @lurvelove telah berkongsi satu trik yang dapat dilakukan ketika tidak ada minyak untuk menggoreng keropok.Melalui video tersebut, dia terlihat menggunakan garam sebagai pengganti minyak dan berhasil menggoreng keropok tersebut.
Difahamkan, garam yang digunakan adalah garam kasar yang dalam bentuk butiran yang tidak cair dan tidak terlalu masin.“Boleh buat banyak-banyak (goreng keropok), tambah kuantiti garam itu saja dan garam kena betul-betul panas.“Cara ini boleh dilakukan untuk makanan kering sahaja,” katanya.Baca juga:
Bengang pekerja bank tak layan, taikun China ini minta wang RM3.7 juta dikira guna tangan