Pakcik ini atau lebin dikenali sebagai Wak menjadikan kereta Proton Gen 2 miliknya sebagai ‘gerai’ untuk menjual nasi campur.
Dengan meniaga 24 jenis lauk Mohamad Sharif, 75, tetap bersemangat berniaga nasi campur untuk pelanggan setianya berdekatan dengan Wisma Consplant 1, Jalan Kemajuan Subang dekat sini, sejak sembilan tahun lepas.
Antara lauk seperti sambal ikan, pajeri nanas, ayam masak lemak cili api dan asam pedas yang disusun dengan teratur dan memenuhi setiap segenap ruang kereta tersebut, sama ada di tempat duduk belakang dan depan, but serta atas bonet kereta.
Tidak hairanlah dengan harga yang dijual murah dan sedap, jualan nasi campur wak laku keras apabila tidak sampai dua jam bermula jam 11.30 pagi, ia sudah habis terjual.
Ketika ditemui Bernama baru-baru ini, Mohamad berkata, beliau mula berniaga nasi campur setelah tempat asal beliau berniaga di dalam bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDT Petaling) telah berpindah ke Subang Bestari pada 2014.
Wak mula mahir memasak dari 1967 lagi ketika berada di rumah bujang selepas berhijrah ke Kuala Lumpur dari Muar, Johor. Kemudian, selepas berkahwin, banyak tahun berniaga di sekolah sebelum berpindah ke PDT Petaling.
Namun, disebabkan PDT Petaling mahu dipindahkan ke bangunan baharu, Wak tidak sanggup untuk berniaga di tempat baharu itu kerana lokasinya yang jauh kira-kira 20 kilometer dari bangunan asal.
Jadi, bermula dari itu, Wak berniaga sarapan pagi kemudian sehinggalah berniaga seperti sekarang,” katanya yang turut mengambil tempahan makanan bagi majlis berskala kecil.
Sebelum ini tular video di media sosial apabila memaparkan Mohamad menjual nasi campur di dalam kereta Proton Gen 2 pada usia lanjut hingga menarik perhatian ramai netizen yang memuji usaha beliau menjual pada harga yang jauh lebih murah.
Baca juga: Dari kecil lagi dah minat siap kumpul duit 50 sen sehari nak beli album Shila Amzah