Lambaian terakhir Ayob Khan kepada pegawai Johor buat netizen sebak

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Video perpisahan Dato Ayob Khan, bekas Ketua Polis Johor jadi tular di Tiktok.

Menurut pegawai bawahnya, Ayob seorang bos yang sangat baik.

Dalam video tersebut, kelihatan Dato Ayob melambai lambai tanganya di dalam kereta sebelum berangkat pergi.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, berkuat kuasa Januari.

Beliau seorang daripada tiga pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid.

Ruslan berkata, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor.

@hanakosayo

♬ original sound – Rai Bagus