Kereta mahal dan mewah sebuah Lamborghini dilaporkan mengalami eksident akibat daripada itu, kereta itu mengalami remuk teruk.
Ia dikatakan telah menghentam 6 buah kereta lain di PLUS berhampiran Alor Pongsu, Kerian, Perak dari arah Selatan ke Utara pada Sabtu.
Namun melalui videa tular di TikTok @nathanbhai36 rata-rata netizen mula mengecam tindakan pemandu Lamborghini itu dikatakan mamandu dengan laju ditengah-tengah huja lebat.
Bagaimanapun meninjau di komen itu netizen pula perasaan benda lain.
Netizen mula mempersoalkan pemandu Lamborghini yang dikatakan mengambil kereta di Langkawi tapi dalam masa yang sama dia tak perlu bayar cukai kereta. Betul ke?
Menerusi video yang mula tular di media sosial sejak petang Isnin, keadaan kesemua kenderaan terbabit dalam kemalangan dilihat mengalami kerosakan teruk.
Beberapa mangsa juga dilihat berada di lokasi namun keadaan sebenar masih tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini.
Baca juga: Gara-gara sindir penderitaan rakyat Gaza, Zara diboikot serta gesa tarik balik iklan kontroversi