Lampu isyarat tak bertukar hijau walaupun sudah sampai giliran anda. Kenapa ya? Juruteknik ini ada jawapannya

Anda sudah sampai di tempat lampu isyarat, tapi lampu isyarat tak bertukar warna hijau walaupun sudah sampai giliran anda sebaliknya, lampu isyarat terus merah dan membuatkan anda terpaksa menunggu pusingan seterusnya.

Sebenarnya ada penjelasan di sebalik situasi ini. Untuk memahami lebih lanjut bagaimana lampu isyarat berfungsi dan mengapa ia melangkau giliran anda, jom baca penjelasan seorang juruteknik lampu isyarat bernama Afiq di Twitter.

“Disebabkan aku kerja lampu isyarat, korang nak tak aku cerita kenapa kadang-kadang patutnya giliran kau hijau, tapi ia skip giliran kau, bagi orang lain jalan dulu?”

Menurut Afiq, lampu isyarat mengesan kehadiran kenderaan melalui alat pengesan, loop sensor. Pengesan ini akan mengesan kewujudan kenderaan dan menghantar isyarat kepada lampu isyarat untuk bertukar warna.

Kabel di bawah tar

Tambahnya, alat pengesan tersebut terbina daripada kabel yang diletakkan di bawah turapan tar.

Lupa nak bagitahu, loop sensor ni kan ada tempat yang dia dah tenggelam dengan turapan jalan baru. Sebab tu tak nampak. Kadang detect kadang tak. Loop sensor yang betul-betul atas permukaan jalan kalau motor lalu pun dah detect. Kalau tak detect gak tu maksudnya loop sensor tu kurang baik.

Fungsi pendekkan masa atau skip jalan yang tiada kenderaan

Ujar Afiq, alat pengesan pada lampu isyarat ini berfungsi untuk melangkau (skip) giliran atau memendekkan masa jalan yang tiada kenderaan.

Kalau lampu rosak, laporkan pada majlis perbandaran atau Jabatan Kerja Raya (JKR)

Jelasnya, lampu kuning berkelip menandakan berlakunya kerosakan pada lampu isyarat.

Justeru, orang ramai perlu melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak berwajib untuk memperbaikinya agar kemalangan dapat dielakkan.

Baca juga: Chef Wan gembira kos kemoterapi RM250,000 ditanggung sepenuhnya syarikat insurans, carum sejak umur 24 tahun