Langgar perjanjian parti, Wanita Umno desak Ismail Sabri dikenakan tindakan

Tulisan dari Nur Zaini, Wanita Umno

MKT UMNO, TUNGGU APA LAGI?

Sudah tiba masanya untuk UMNO mengambil pendirian tegas.

Dengan pengumuman Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob semalam, bukankah ini bermakna sudah DUA KALI DS Ismail Sabri telah membelakangi keputusan, pendirian, ketetapan UMNO?

1. Pertamanya, ketika UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap TS Dato Muhyiddin Yassin, yang kemudiannya menyaksikan DS Ismail Sabri dan adanya Menteri2 UMNO lain tidak patuh dan menghormati keputusan parti dengan muncul di sidang media Perdana Menteri ke 8, TS Muhyiddin Yassin ketika itu.

Sekaligus, melanggar Perlembagaan Parti UMNO FASAL 20, 20.8 (d) – muka surat 53, Perlembagaan Parti.

2. Keduanya, semalam apabila DS Ismail Sabri telah melanggar perjanjian sokongan menjadi Perdana Menteri, ketetapan yang dipersetujui antara MKT UMNO dan DS Ismail Sabri pada 27 Ogos iaitu antaranya membenarkan pengeluaran i-Citra secara one off dengan jumlah minimum sebanyak RM10,000.

Jadi, sudah tiba masanya untuk MKT UMNO mengambil tindakan dan bukan sekadar berpeluk tubuh kerana ini bukan kali pertama, dan pastinya bukan kali terakhir bagi DS Ismail Sabri untuk membelakangi pendirian, keputusan parti.

Sokongan MKT UMNO terhadap Ismail Sabri adalah berdasarkan ketetapan-ketetapan ini dan sewajarnya MKT UMNO mengambil tindakan serius terhadap DS Ismail Sabri.

Harus diingat, parti keramat UMNO ini milik rakyat, bukannya untuk kepentingan individy tertentu semata-mata dan sewajarnya MKT UMNO selaku wakil tertinggi parti mengambil tindakan tanpa ragu-ragu, tanpa mengambil kira status ahli yang berkali-kali melanggar ketetapan parti.

Jangan sampai nama parti UMNO diheret jatuh bersama dek kerana kedegilan dan keingkaran DS Ismail Sabri dan kabinet kartunnya menurut dasar-dasar parti yang sudah dirangka dan dipersetujui untuk rakyat ketika MKT UMNO memberikan sokongan.

Sampai bila MKT UMNO mahu sekadar berpeluk tubuh?

Sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tanpa tindakan yang tegas?

Nur Zaini

Ahli UMNO Cawangan Bukit Subang, Shah Alam

COMMENTS