“Last jumpa Syamsul 2 tahun yang lalu..”

Rata-rata netizen terkejut dan meluahkan sindiran termasuk menyarankan pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam beritahu saja mahu umum wasiat.

Reaksi itu susulan pendedahan Yusof bahawa anaknya, pengarah yang dikenali dengan filem gangster dan Islamik, Syamsul kali terakhir berjumpa dengannya dua tahun lalu.

Namun, Yusof yang terkenal dengan filem arahannya, Sembilu (1994) kerana pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM4.2 juta itu menganggap mungkin anaknya itu sedang sibuk dengan pembikinan filem.

Sampai sekarang Yusof, 69, tidak tahu punca sebenar anak lelakinya enggan pulang ke rumah.

“Dia tak berhubung dengan kami, mungkin dia sibuk dengan pembikinan filem,” ujarnya.

Syamsul kali terakhir berjumpa ayahnya pada 2022 ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul sakit.

Yusof yang juga pemilik Skop Production Sdn Bhd berkata, beliau faham dengan situasi itu kerana Syamsul mungkin sedang sibuk dengan pembikinan filem terbaru arahannya, Original Gangster yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.

“Apa saja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik.

“Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya.

Sebagai ayah, jelasnya, beliau perlu matang untuk berdepan dengan situasi yang melanda keluarganya ini.

“Sebagai bapa, bila anak bersikap begitu, saya tak boleh bersikap sama. Kita serah pada Allah SWT untuk menentukannya.

“Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan lagi.

“Kita dah nak menyambut Ramadan dan Aidilfitri, jadi sentiasalah doakan terbaik kerana setiap kejadian berlaku kita tak boleh ubah takdir,” katanya, lapor Harian Metro.

Pengarah yang terkenal dengan drama bersiri Gerak Khas itu berkata, dia juga enggan mengeluarkan kenyataan lanjut bagi menjaga hati beberapa pihak terutama isteri, Datin Patimah Ismail.

“Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak merajuk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri.

“Saya tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi keruh hanya kerana benda ini.

“Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kekeluargaan kami, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

BACA JUGA “Suami ungkit aku ‘beban’, tapi dia taktahu aku ada 20 ekar tanah dengan 2 rumah sewa harta peninggalan mak ayah..”