Laungan takbir tarawih bergema di Times Square, ratusan muslim AS lakar sejarah apabila solat tarawih bersama di perkarangan Times Square, New York pada malam Ramadan pertama.
Penganjur solat tarawih di Times Square tersebut memaklumkan aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah bermotifkan dakwah.
Baginya, mesej yang ingin disampaikan oleh smeua orang adalah nilai-nilai perpaduan dan dakwah tanpa kekerasan.
“Terdapat segelintir orang yang ‘tidak waras’ dalam semua budaya dan agama, (namun) kumpulan kecil (minoriti) itu tidak mewakili majoriti. Terdapat banyak salah faham tentang Islam.
“Al-Quran adalah wahyu Allah SWT. Ia adalah wahyu terakhir yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan utusan dalam beberapa rasul sebelumnya, sama seperti Isa, Musa.
“Kita semua saling berhubung. Orang ramai perlu berhenti untuk memecah belahkan agama Islam dan Kristian serta Yahudi dan semua. Ia perlu dihentikan,” katanya.
Memetik CBS News, difahamkan, kira-kira lebih 115 hidangan berbuka puasa turut diedarkan secara terbuka di sekitar jalan 44th dan Broadway pada hari yang sama.
Jelas SQ, edaran juadah berbuka puasa itu adalah selari dengan sifat simpati dan empati yang perlu dimiliki Muslim terhadap insan lain yang tidak berkemampuan.
“Bagi umat Islam, ia bukan sekadar berpuasa. Jadi kami faham bagaimana perasaan mereka yang tidak dapat makan.
“Kami melakukan hal ini supaya kita semua lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah Taala,” katanya lagi.
Baca Juga: Risau gastrik menyerang ketika Ramadan, ini antara menu yang anda boleh ambil ketika puasa
Baca Juga: Tular kisah Tasnim Shah UiTM selepas Prof ‘tak boleh duduk dengan orang B40’ dikecam