Mengejutkan apabila seramai 10,160 pelajar dari 385,685 calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tidak hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan menegaskan pihaknya sangat memandang serius akan ketidakhadiran calon SPM itu dan akan menanganinya segera.
“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).
“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan dilaksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya pada sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) pada Isnin.
Sebagai rekod, tahun lalu seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 menduduki peperiksaan tersebut.
Baca juga: “Abg ipar seboleh mungkin tak bagi aku jumpa kakak, katanya kami nak menggatal belakang dia”