Seorang lelaki dipuji ramai apabila berani membuat siaran langsung atau ‘live’ yang hanya bermodalkan siput sedut dan juga penutup periuk.
Apa yang membuatkan ia menarik adalah kerana pemiliknya mengatakan perlawanan tersebut diadakan bersempena acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Menerusi siaran langsung Tiktok @tansri_ash, majoriti penonton mengakui terhibur dan leka dengan gelagat pemuda berkenaan yang bersahaja dalam membuat content.
Konsep perlumbaan tersebut juga mewakili beberapa negeri di Malaysia seperti Kedah, Penang, Sarawak dan juga lain-lain.
Setakat semalam, akaun pemuda tersebut sudah mencecah 40,000 pengikut dan siaran langsung menerima lebih 2 juta tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengatakan mereka juga teruja melihat perlumbaan tersebut hingga ada yang menunggu ke akhir rancangan.
Lawaknya jadi lalai tengok,” kata Imah Aziz.
“Orang lain bagai nak pecah tekak panggil penonton masuk ‘live’, dia buat lumba siput sedut pun cecah 10,000 tontonan,” ujar Pico Pet Shop.