Lebih daripada 2000 kali membuat panggilan telefon ke bomba alasan sunyi perlukan perhatian akhirnya wanita ini ditangkap pihak polis.
Pengakuan seorang wanita dari Jepun ketika ditahan kerana membuat 2,761 panggilan kecemasan yang tidak diperlukan dalam tempoh kira-kira dua tahun sembilan bulan.
“Saya kesepian dan mahu seseorang mendengar saya dan memberi perhatian kepada saya,” luah wanita tersebut sepertimana dipatik lapor The Mainichi.
Menurut The Straits Times yang memetik laporan itu, polis wilayah Chiba menahan Hiroko Hatagami, seorang penganggur yang tinggal di Matsudo, Timur Tokyo, kerana disyaki membuat panggilan untuk operasi tidak berkeperluan jabatan bomba tempatan.
Hatagami, 51 tahun dituduh berulang kali membuat panggilan kecemasan dari rumah dan kejiranannya.
“Semasa panggilan kecemasan itu, dia dikatakan mengadu pelbagai perkara termasuk mengenai sakit perut, terlebih pengambilan dadah dan sakit kaki.
Menurut laporan itu, dia meminta Jabatan Bomba Matsudo untuk menghantar ambulans ke rumahnya antara 15 Ogos 2020 dan 25 Mei tahun ini.Apabila ambulans tiba, dia dilaporkan enggan diangkut dan berkata: “Saya tidak mahu menaiki ambulans… Saya tidak membuat panggilan.
“Walaupun menerima amaran daripada bomba dan balai polis supaya berhenti membuat panggilan yang tidak perlu, dia terus berbuat demikian.”