Lebur harapan nak jadi jutawan, rupanya duit RM400 juta hanya gangguan sistem bank menyebabkan seorang pengguna Maybank disekat akaun miliknya tanpa sebarang makluman.
Ini terjadi kepada Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah beliau menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Kejadian berkenaan menyebabkan pihak Maybank menyekat akaun miliknya tanpa sebarang makluman, menghantar mesej atau memberitahu perkara berkenaan melalui cara lain.
Jelas Hafidzah, dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk mengaktifkan semula akaunnya.
Dia mula-mula terkejut apabila mendapati akaun banknya mempunyai lebih RM404 juta tapi kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.
“Mesti ada yang fikir saya mendapat loteri? Itu tidak benar. Ia adalah gangguan sistem,” katanya dalam perkongsian di LinkIn miliknya.
“Mereka (pihak bank) kata wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” katanya.
“Saya terpaksa berdepan dengan gangguan perbankan selama tiga hari dalam tempoh pembayaran gaji dan saya menganggap perkara itu bukan situasi yang kelakar.
“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan memeriksa akaun bank (Maybank) sudah menjadi rutin harian saya,” katanya kepada Bharian.
Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad ketika mengulas dalam ruang komen di LinkIn milik Hafidzah, beliau meminta Hafidzah untuk menghubungi pihaknya supaya pihak bank boleh membuat susulan berhubung kejadian berkenaan.
“Sudah tentu perkara terbabit akan diperiksa dan diselesaikan untuk anda (Hafidzah Abdullah),” katanya.
Difahamkan pihak Maybank hari ini sudah menyelesaikan kes terbabit dan menyatakan sehingga kini tiada data pelanggan terjejas.
Baca juga: Sumpah! Mana ada tanam cip dalam badan-Kalau nak tahu ini selok belok My Digital ID