Lega cincin bernilai RM3.7 juta milik usahawan Malaysia akhirnya dijumpai dalam ‘vacuum cleaner’ ketika membersihkan tempat penginapan itu.
Cincin yang berharga lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) milik seorang usahawan Malaysia yang didakwa dicuri Jumaat lalu di hotel The Ritz Paris akhirnya ditemui.
Indah memukau berkilauan, cincin berlian berpotongan ‘cushion cut’ berkenaan difahamkan lesap selepas diletakkan di atas katil.
Bukan calang-calang harganya, tak hairanlah kehilangan barang kemas mewah itu menjadi perhatian ramai.
1-Semasa kejadian, wanita yang tidak didedahkan namanya menyertai rombongan membeli-belah di sekitar Place Vendome pada Jumaat, 8 Disember2023.
2-Bagaimanapun cincin diletakkan di atas katil hilang selepas kembali ke bilik penginapannya
3-Beberapa jam kemudian, dia membuat laporan kehilangan barangan kemas itu di sebuah balai polis berhampiran sebelum pegawai polis membuat siasatan lanjut bagi mengumpul bukti di bilik penginapan di hotel sama.
4-Pihak hotel awalnya berkata akan menyerahkan kepada biro khas jika kecurian ini dilakukan oleh pencuri profesional.
5-Selepas 2 hari pada Ahad 10 Disember 2023 cincin berkenaan telah dijumpai di dalam vakum
6-Hotel itu ketika mengumumkan penemuan itu turut mengucapkan terima kasih kepada ejen keselamatannya yang mencari cincin tersebut dengan integriti dan profesionalisme.
7-Difahamkan ahli perniagaan itu meninggalkan Paris dan menuju ke London pada 9 Disember lalu. Dia dijangka kembali ke sana untuk mengambil cincinnya,yang kini berada di bawah simpanan polis.
8-Pihak hotel menawarkan penginapan tiga malam sebagai pampasan kepada wanita itu.
Kecurian barang kemas di Paris bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pada September 2018, seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi melaporkan rompakan di The Ritz Paris, di mana dia mendakwa lebih daripada $900,000 (RM4.2 juta) barang kemas telah dirompak.
Sebelum itu, pada 2016, perompak menahan selebriti Kim Kardashian dengan mengacukan senjata semasa dia menginap di Hotel No Address yang berdekatan.
Antara barang yang diambil ialah cincin pertunangan berlian 20 karat potongan zamrud dan sehingga kini ia tidak pernah ditemukan.
Pink Star adalah cincin termahal yang pernah dijual di dunia. Berlian merah jambu Fancy Vivid 59.60 karat itu dipasang ke dalam logam platinum dengan dua berlian putih.
Ia mencatat rekod apabila ia dijual di lelongan pada 2013 dengan harga AS$83 juta.
Baca juga: Tunggu sejak 2021 lagi, sebab apa tak buka?-Projek Platinum Mall didakwa projek gajah putih