Leka berparti liar sambil mengambil dadah, datuk seri dan 24 individu ditahan polis

Leka berparti liar seorang ahli perniagaan bergelar datuk seri dan 24 individu telah ditahan polis di sebuah banglo mewah di Janda Baik Bukit Tinggi awal pagi tadi.

Lelaki berusia 46 tahun terbabit dan kesemua individu mereka dipercayai menyewa banglo berkenaan untuk berparti liar sambil mengambil dadah

Dalam ujian saringan awal pihak berkuasa mendapati kesemua peserta parti liar itu positif dadah jenis methamphetamine.

\Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong selepas menerima maklumat awam, kira-kira jam 1 pagi.

“Dalam serbuan dilakukan, polis berjaya menahan 15 lelaki dan 10 wanita termasuk lapan warga asing yang kesemua mereka berusia antara 18 hingga 64 tahun.

“Polis turut merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram dan pil ekstasi seberat 1.43 gram dianggarkan nilai keseluruhan rampasan RM800,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai bekalan dadah dan mengenal pasti penganjur parti liar itu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu dadah dan mengambil tindakan tegas, dipetik Harian Metro.

Baca juga: Bilangan penduduk Jepun semakin berkurangan, kematian lebih tinggi daripada kelahiran

Baca juga: Apa boleh buat RM6 bilion daripada skandal LCS? 4 juta laptop percuma, biasiswa 300,000 pelajar