Lelaki ajar cara nak hadap angin lintang ketika memandu

Baru-baru ini, satu video yang memperlihatkan seorang pemandu menghadapi detik cemas ketika pemanduannya terganggu oleh angin lintang dan hujan lebat di lebuh raya telah menjadi viral di platform TikTok.

Melalui hantaran @anna0001114 di laman TikToknya, dia menyatakan bahawa itu merupakan kali pertama dia melihat puting beliung bersaiz kecil.

Dalam video tersebut, keluarga tersebut kelihatan panik dan terganggu oleh angin kencang yang tiba-tiba.

“Puting beliung kecil tapi memang menakutkan kalau berlalu di hadapan kita. Seram juga. Allah hanya jentik sedikit pun sudah begitu,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Dalam video itu, daun-daun kecil kelihatan berputar dengan pantas. Pemandu di lebuh raya tersebut juga mulai memperlahankan kenderaan mereka masing-masing kerana risau kemalangan mungkin berlaku.

Di ruang komen, ramai yang menyatakan rasa takut mereka melihat situasi tersebut kerana jarang berlaku di Malaysia.

Mengikut perkongsian netizen, mereka juga memberikan tip jika berhadapan dengan angin lintang seperti yang dialami oleh pemandu dalam video tersebut.

“Teruskan memandu dengan jarak yang selamat dan ambil lorong kanan untuk mengelakkan pokok. Jangan berhenti kenderaan jika jalan sempit,” kata seorang netizen.

“Jika berada sebagai penumpang, cuba untuk diam dan teruskan berzikir dan berdoa dalam hati agar pemandu boleh tenang dan fokus pada pemanduan,” tambah seorang netizen lagi.

“Ini adalah kawasan angin lintang, jadi kita semua perlu berhati-hati dan memberikan fokus serta memandu perlahan ketika berhadapan dengan situasi ini,” kata seorang netizen yang lain.

Menurut carian kami, angin yang melanda lebuh raya boleh menyebabkan kenderaan yang sedang bergerak melintang, berpusing dari paksi asal, dan terbalik jika halaju angin melebihi had tertentu.

Ramai juga mengkritik tindakan pemandu dalam video itu yang membuka lampu hazard semasa hujan lebat, yang dianggap melanggar undang-undang dan boleh menyebabkan kemalangan.

Ini kerana penggunaan lampu hazard dalam keadaan bergerak boleh menimbulkan kekeliruan kepada pemandu lain mengenai arah sebenar pemandu tersebut, dan ini boleh menyebabkan kecelakaan.

Penggunaan lampu hazard sepatutnya hanya semasa berhenti dan bukannya semasa memandu. Jika memandu dalam hujan lebat, disyorkan untuk menggunakan lampu utama dan lampu belakang.

Lelaki nekad bawa duit syiling dalam bag plastik pergi kedai motor, kira duit satu persatu demi skuter idaman RM5,800Baca: