Lelaki automatik jutawan selepas terpijak syiling emas berusia lebih 700 tahun di ladang

Seorang pakar pengesan logam menjadi ‘orang kaya baru’ selepas menemui sebuah logam yang ternyata merupakan duit syiling emas pertama England.

Enggan melepaskan peluang, dia cuba menjual syiling emas tersebut pada harga RM 3.7 juta dalam sebuah acara lelongan.

Michael Leigh-Mallory menemui syiling emas tersebut ketika sedang menggunakan alat pengesan logam miliknya di sebuah ladang di Hemyock, Devon pada bulan September yang lalu.

Syiling emas yang menggambarkan patung Raja Henry III, dicipta sekitar tahun 1257 oleh William of Gloucester dengan menggunakan emas yang diimport dari Afrika Utara, dan mempunyai saiz kurang daripada 2.5 sentimeter.

Menurut laporan Daily Mail, hanya terdapat lapan keping syiling emas yang baru ditemui dengan kebanyakan daripadanya kini disimpan di dalam muzium.

Menurut pakar syiling, logam ini dikatakan memaparkan potret ‘sebenar’ Raja England ketika itu yang sedang duduk di atas takhtanya.

Baca juga: Buat ‘plastic surgery’ sejak umur 13 tahun! Sanggup kikis tulang, belanja duit jutaan ringgit untuk cantik