6 hari lepas, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.
Misi berkenaan bagi mendesak kerajaan Madani bawah Perdana Menteri ke-10 Anwar Ibrahim memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar supaya dapat kekal beroperasi dengan membayar staff di pejabat sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.
Bukan mudah untuk membuat larian jarak jauh 200 Kilometer selama hanya 2 hari setengah sahaja.
Semalam, timbul pula spekulasi dari seorang lelaki di facebook yang mengatakan Ahli Parlimen Muar itu tak berlari 200KM pun dari Muar ke Parlimen.
Ini tulisan beliau di bawah:-
Dalam tweeter kecoh syed saddiq tipu run. Tapi memang sungguh la run 200km dia tu takde record dalam strava dia.
Syed saddiq record semua xtvt dia daily dalam strava tapi dia stop record mulai july. Secara logik nya agak luar biasa untuk seorang runner tak record run 200km dia dalam strava. Tetambah benda ni auto sync dengan jam bukannya kena update manual.
Benda epic mesti la record bai.Agak pelik gak ni
Apa-apa pun kita tunggu penjelasan Syed Saddiq berkenaan hal ini.