Lelaki bakar bekas isteri hidup-hidup hanya sebab tidak mahu rujuk

Lelaki bakar bekas isteri hidup-hidup hanya sebab tidak mahu rujuk. Lhamo, 30, yang juga influencer tekenal di aplikasi Douyin dilaporkan mati akibat dibakar bekas suami ketika sedang melakukan siaran ‘live’ di aplikasi terbabit.

Ssupek, Tang Lu, bertindak membakar bekas isterinya pada 14 September 2020 lapor Mirror UK.

Bercerai selepas 11 tahun kahwin

Pasangan ini dikatakan bercerai pada Jun 2020. Walaupun sudah membawa haluan sendiri, Tang Lu tetap merayu kepada bekas isterinya untuk kembali bersama namun permintaannya ditolak mangsa sehingga membuatkan suspek semakin berang dan agresif.

Menurut sumber, suspek pergi ke rumah bapa mentuanya dan menyimbah petrol serta membakar bekas isterinya hidup-hidup ketika mangsa melakukan live.

Mangsa yang cedera parah dengan hampir 90 peratus daripada badannya terbakar dikejarkan ke hospital secepat mungkin.

Meninggal selepas 2 minggu bertarung nyawa

Mangsa disahkan meninggal dunia dua minggu selepas bertarung nyawa. Mangsa juga dikhabar sudah beberapa tahun menjadi mangsa dera Tang sehingga dia nekad untuk bercerai.

Suspek yang berjaya ditahan polis kemudian dijatuhi hukuman mati. Menurut sumber, suspek ada memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu namun kalah dalam permohonan pada Januari lalu.

Suspek disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu bersamaan 16 Julai 2022.

Baca Juga: Remaja mati lemas selepas berjaya selamatkan ibu dihanyut ombak

Baca Juga: Myvi ‘sagat’ dinding terowong, perakam video ini kena kecam terjerit macam makcik bawang