Lelaki baru masuk islam sedekah babi untuk raya korban

Seorang muaalaf kejutkan satu kampung hari in apabila bermurah hatii menyedekahkan seekor haiwan sebagai tanda dirinya turut mahu meraikan ibadah qurban.

Namun setelah haiwan itu dihantar ke kawasan masjid, ustaz di sana juga terkedu melihat kelibat khinzir di hadapan matanya. Hinggakan, mereka semua sempat berseloroh ia sesuai dibuat sebagai mas kahwin.

Namun penduduk kampung beranggapan dirinya masih belum faham tentang pemilihan haiwan qurban serta konsep halal haram secara menyeluruh, maka individu berkenaan tidak sengaja menghantar binatang berkenaan ke sana.

Akhirnya niat baik mualaf berkenaan untuk berbagi daging qurban akhirnya tidak kesampaian.

Sejak semalam viral video tersebut yang sudah mendapat 3.2 juta tontonan daripada netizen di aplikasi TikTok. Walaupun merasa terhibur dengan ‘insiden’ ini, ramai yang memuji niat murni mualaf tersebut selain mendoakan moga ada pahala di sebalik kebaikan berkenaan.

Baca: Ramai pertikai ‘fatwa’ Ustaz Don Daniyal kata boleh puasa di hari tasyrik