Lelaki basuh perut lembu guna mesin basuh, jimat masa. Pelbagai gelagat dan usahadapat dilihat oleh sebahagian masyarakat sempena perayaan Aidiladha bagi menguruskan daging korban. Menguruskan daging korban mengambil masa yang agak lama, tambahan pula masa untuk mengagihkan daging untuk disedekahkan.
Seperti yang dikongsikan di laman sosial makey.24jey memaparkan tindakan seorang individu menggunakan mesin basuh untuk membersihkan daging korban dipercayai bahagian perut lembu.
Berdasarkan video berdurasi 24 saat itu, kerja-kerja membersihkan perut itu juga kelihatan tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan.
@mohammadnurzaki77
Sehubungan itu, rata-rata pengguna laman sosial memuji usaha kreatif tersebut sekali gus menjadikan ia lebih mudah dan cepat berbanding kaedah tradisional.
“Baru lepas cuci perut lembu, aku rendam dengan air kapur selama tiga jam dan lepas tu tanggal semua hitam-hitam. Tak susah pun,” kata aryan.
“Paling suka bahagian perut tetapi tulah nak cuci memang kena bertabah. kalau sikit bolehlah guna air kapur. Banyak macam ni apa yang ada pun boleh,” ujar Maria.
“Dulu dah pernah guna cara macam ni. Mertua punya marah sampai dia buang mesin tu,” luah Faiz.
Baca Juga: Ramai pilih korban luar negara: ‘Dulu di masjid 20 ekor lembu hari ini cuma 3 ekor’
Baca Juga: Jangan salahkan pengusaha ladang durian Musang King selagi tak sah punca, kesian dia – MB Kedah