Lelaki batal niat terjun bangunan, taktik pujuk guna Nasi Beriani menjadi

Pihak polis India menggunakan strategi yang unik termasuk menawarkan satu set nasi beriani dan peluang pekerjaan kepada seorang lelaki supaya dia membatalkan niat untuk terjun dari jambatan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 2.30 petang waktu tempatan pada Isnin lalu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selama hampir sejam.

Pada hari kejadian, mangsa menunggang sebuah motosikal bersama anak perempuannya dan berhenti berhampiran jambatan tersebut. Dia mendakwa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya.

Kemudian bapanya memanjat palang besi dan mengugut untuk terjun dari jambatan itu.

Tidak lama kemudian, anggota-anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka mencuba untuk memujuk lelaki tersebut dengan menawarkan kepadanya satu set nasi beriani bersama peluang pekerjaan.

Percubaan itu berjaya apabila lelaki tersebut memutuskan untuk tidak terjun dari jambatan.

Baca juga: Netizen kecewa Shukri Yahaya lakonkan babak ‘soft porn’, “Saya mohon maaf”