Lelaki Belanda fasih banyak bahasa tewas di tangan ‘Mek Kelate’, bayar RM92.50 sebab terteka bahasa Indonesia

Lelaki Belanda fasih banyak bahasa tewas di tangan ‘Mek Kelate’, bayar RM92.50 sebab terteka bahasa Indonesia. Dapat bercakap tiga bahasa saja sudah dianggap mengangumkan, apatah lagi kalau pandai lebih banyak bahasa.

Lelaki dari Belanda, Wouter Corduwener, berjaya mempelajari 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia. Tular mengenai videonya yang sering berkomunikasi dengan pelancong dan cuba meneka bahasa mereka.

Beri €20 (RM92.50), jika tidak memahami bahasa ibunda yang dipertuturkan

Wouter memulakan siri dimana dia membuat satu ‘cabaran’ di mana dia akan memberikan €20 (RM92.50) kepada mana-mana orang awam yang boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang dia tidak tahu.

Semasa dia bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan.

https://www.tiktok.com/@myedisi9/video/7111230467537521946?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Jelas kelihatan Wouter sukar menjawab semula apa yang dituturkan oleh wanita itu mengikut dialek yang digunakan.

“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” kata wanita Malaysia itu.

Setelah mendengar penerangan wanita Malaysia itu, Wouter segera memberikan €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya ‘menewaskan’ beliau.

Seorang lagi wanita yang ada di situ terpinga-pinga apabila melihat kedua-duanya bersembang.

Kalah sebab menjawab dengan bahasa Indonesia dan bukan bahasa Malaysia

Wouter menerangkan bahawa mereka sedang berbicara dua bahasa berbeza, dia menggunakan Bahasa Indonesia, manakala wanita itu pula menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).

Rata-rata ramai mengagumi dengan Wouter kerana dia sangat arif membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, walaupun kedua-duanya mempunyai sebahagian bunyi dan perkataan yang agak sama.

Menurut akaun TikTok yang memuat naik semula video itu, ada beberapa siri video lain menunjukkan Wouter telah bertemu dengan pelancong-pelancong Malaysia dan beliau tewas dengan Bahasa Ibunda Malaysia.

Baca Juga: Macam babak dalam the final destination, lelaki tahan sakit setengah jam apabila kaki tersepit di pintu lif

Baca Juga: Tak tahu urus kewangan sendiri, semak 7 perkara ini dahulu untuk nikmati lebihan gaji