Lelaki buat ‘prank’ tarik tudung ditahan

Lelaki buat ‘prank’ tarik tudung ditahan. Youtuber lelaki berusia 24 tahun sebelum ini tular kerana membuat ‘prank’ menarik tudung wanita hingga mencetuskan kemarahan hanya kerana mengejar ‘view’ di Youtube.

Perbuatan tersebut dilihat sebagai menjatuhkan maruah wanita yang menutup aurat. Susulan itu, pihak polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam ‘eksperimen sosial’ tersebut, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam, Selasa.

“Satu kertas siasatan dibuka, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Ashari menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti.

Terdahulu, video ‘prank’ tarik tudung wanita oleh seorang lelaki yang juga YouTuber menjadi tular selepas dia memuat naik video di saluran YouTube miliknya.

Mohon maaf, hanya mahu lihat reaksi netizen pertahankan Islam

Terdahulu, pemuda yang juga YouTuber dikenali Nick memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran YouTubenya.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di salurannya, tidak lama selepas kontroversi itu kelmarin.

Sekalipun sudah menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen terus melemparkan kecaman terhadap Nick dan menganggapnya biadap kerana tidak menghormati wanita Muslimah.

Perbuatan menarik tudung sahaja sudah mencetuskan kemarahan, dia juga melakukan perbuatan tersebut di tempat yang tiada orang. Bagaimana kalau wanita itu bukan sebahagian dari eksperimen sosial, pastinya susah untuk mereka meminta tolong atau bantuan.

Baca Juga: Netizen kecam YouTuber buat ‘content’ tarik tudung jatuhkan maruah wanita

Baca Juga: Wanita niat simpan baju sanding harga RM8,000, kecewa ditinggal kekasih tiga minggu sebelum majlis