Seorang lelaki Australia mencatat pencapaian baru dengan memakai sepuluh helai seluar dalam dalam masa yang sangat cepat.
Nicholas Manning dari Brisbane mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia Guinness dengan mencatat masa 13.03 saat untuk memakai kesemua 10 helai seluar dalam itu.
Manning turut mendedahkan bahawa dia meluangkan masa selama enam bulan untuk menjalani latihan sebelum akhirnya berjaya mencipta rekod memakai seluar dalam dalam masa terpantas di dunia.
Manning menyatakan bahawa dia telah lama memendam hasrat untuk memecahkan rekod dalam kategori tersebut.
Pada akhirnya, dia cuba untuk merangkul gelaran sebagai pemegang rekod paling pantas memakai seluar dalam dan muncul sebagai pencipta rekod.
Baca juga: Tersenyum lebar! Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara pula RM250