Lelaki dakwa diri ‘bomoh ular’ maut dipatuk tedung ketika persembahan

Seorang bomoh ular maut dipatuk ular tedung ketika majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-78 di Desa Cisarua, Jawa Barat.

Ketika kejadian berlaku, individu tersebut yang berumur 63 tahun sedang melakukan persembahan dengan dadanya terdedah, sambil memegang seekor ular tedung sepanjang 3.5 meter dan berat lapan kilogram (kg), di hadapan sejumlah penonton.

Dia juga dikenali dengan nama Rosandi Maulana atau ‘Bah Kobra’ terbaring dan mengalami kesesakan nafas menyebabkan orang ramai mula menghubungi pasukan perubatan.

Namun tidak lama selepas menerima bantuan lelaki tersebut meninggal dunia.

Andrian Saputra iaitu ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Paguyuban Seni Cisarua menyatakan bomoh itu dipatuk ular di bahagian lengan kirinya ketika melakukan pertunjukan.

Baca juga: Budaya dan tradisi berlainan, Gabenor Bali minta pelajar henti tonton Upin Ipin