Lelaki dakwa jadi mangsa penipuan tanah Dato Red bernilai RM60,000, – “Mak saya keluarkan duit KWSP cash”

Sejak kisah Dato Red atau Datuk Seri Adnan Abu ditimpa ujian muflis dan juga kesusahannya untuk ‘bangun’ semula tular, ramai yang bersimpati dengan nasibnya malahan turut mendoakan ahli perniagaan tersebut dapat pulih seperti sediakala.

Namun lain pula kisah bagi lelaki ini yang mendakwa dia sekeluarga telah ditipu Dato Red atas penjualan tanah di Hulu Langat yang bernilai RM60,000.

Dedahnya, ibunya turut mengeluarkan duit KWSP(Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) untuk membeli tanah tersebut.

“Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.

“Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000. Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.

“Tak pasti ia jadi pada 2015 ke 2016 macam itu. Ini mengenai Datuk Red yang dulu bukan sekarang,” katanya.

Perkara itu dikongsi oleh pemilik akaun TikTok bernama Raja Kuat Makan pada Rabu.

@rajakuatmakan88

kes tanah di hulu langat semungkis , mungkin tidak kene dekat family korang , tapi kene dekat family saya sumpah terkesan ..

♬ original sound – RAJA Q | KUAT MAKAN – RAJA Q | KUAT MAKAN
Tiktok

Menurut lelaki tersebut, dia dan keluarganya pernah bersemuka dengan isteri kedua Dato Red iaitu Adira untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, isteri kedua Dato Red itu dikatakan melenting selepas mengetahui perkara sebenar dan mempertahankan suaminya.

“Mengenai Datuk Red dan Adira ni, mungkin saya tak tahu nak salahkan Adira ke macam mana sebab kami pernah cuba nak selesaikan dengan Adira tapi dia melenting masa itu.

“Sebenarnya panjang cerita saya ini tapi bila tengok video viral Datuk Red saya menyirap sebab mak saya keluarkan duit KWSP siap jadi kes polis.

“Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja.

“Bayangkan 200 orang bayar RM55,000 seorang,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen, dapat dilihat rata-ratanya netizen turut berkongsi pengalaman ditipu oleh ahli perniagaan itu.

Baca juga: “Terkejut bila isteri orang datang mengaku pernah terlanjur dengan suami, depan aku pijak semut tak mati”