Lelaki dari Kuching menang ‘jackpot’ bawa pulang RM29 juta

Lelaki dari Kuching automatik jadi jutawan peroleh RM29 juta. Beliau memperoleh wang itu yang dianggap ‘ampau’ sebelum tahun baru dan tahun baru cina ni

Sebuah kisah tular di media sosial menceritakan tentang seorang individu dari Kuching, Sarawak yang berjaya meraih TOTO bernilai RM28,996,296.00.

Menerusi laman web TOTO 4D, melaporkan bahawa individu beruntung itu telah membeli nombor bertuahnya dan terkena pada tarikh 26 Disember 2023.

Wow, tahniah diucapkan!

Di bahagian komen, kebanyakan netizen mengucapkan selamat kepada lelaki itu atas kejayaannya mendapat Jackpot tersebut.

Selain itu, ada juga yang berkata bahawa nasib baik boleh menimpa sesiapa sahaja dan lelaki itu mendapat rezeki lebih menjelang Krismas dan Tahun Baru.

Baca juga: Alif Satar terkejut ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ 3,000 orang, siap joging berkain pelikat lagi