Lelaki dari negara pengganas dengan 200 peluru ini rupanya tawarkan upah lebih RM500,000 untuk tujuan mengerikan!

Penahanan seorang lelaki dari negara pengganas nombor satu dunia – Israel – yang memiliki 6 pistol dan 200 peluru ini membawa kepada penemuan pihak polis yang mengejutkan.

Siasatan polis menjurus sama ada suspek adalah ejen perisikan yang diupah untuk melakukan serangan terhadap individu berprofil tinggi di negara ini.

Kemungkinan tersebut berada dalam radar siasatan polis selepas lelaki berusia 36 tahun itu disyaki menawarkan upah lebih RM500,000 kepada individu disyaki rakyat tempatan untuk tujuan mengerikan:

Upah lebih setengah juta ringgit itu bagi mencari dan membunuh seseorang, lapor Mingguan Malaysia hari ini memetik sumber.

Sebelum ini, polis telah menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 42 dan 40 tahun di bazar Ramadan di Kuala Selangor.

Kedua-duanya telah membeli senjata di Thailand atas arahan seorang individu warga asing yang dikenali secara dalam talian untuk diserahkan kepada lelaki disyaki warga Israel itu.

Soal siasat terhadap pasangan suami isteri terbabit mendapati suspek mengakui telah menyerahkan 4 pucuk senjata api kepada lelaki Israel berkenaan.

Polis juga menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz milik mereka.

Selain suami isteri itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang.

Dia dipercayai pemandu kepada warga Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Motif utama warga Israel terbabit memasuki negara ini masih dalam siasatan polis selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.

Dia yang menggunakan pasport Perancis masuk ke negara ini ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.

Semasa pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dia kemudiannya memberikan satu lagi pasport miliknya yang mempunyai taraf kewarganegaraan Israel.

Pemeriksaan di bilik hotel itu menemukan senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg.

Kesemua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Lelaki Israel berkenaan mendakwa datang ke Malaysia untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negara pengganas itu.

Suspek yang direman bermula 27 Mac itu menyatakan mahu membunuh individu yang dicarinya itu kononnya berkaitan isu keluarga.

Namun, polis percaya suspek tidak bergerak bersendirian dan mungkin mempunyai rangkaian dengan individu tertentu yang masih belum dikenal pasti.

Dia telah masuk ke negara ini menaiki penerbangan melalui Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia.

Warga Israel itu juga dipercayai berpindah randah dan tinggal di dua atau tiga hotel berlainan sebelum diberkas.

Dia turut dikesan mengamalkan gaya hidup mewah di ibu negara.

Lapor Harian Metro memetik sumber, suspek tiba ke negara ini sejak 12 Mac lalu dan mendaftar masuk ke hotel lima bintang.

Sepanjang berada di negara ini, suspek membeli-belah di sebuah pusat beli-belah mewah di ibu negara.

Kehidupan suspek dilihat sangat mewah apabila makan di restoran lima bintang di ibu negara.

Suspek juga bertemu dan bermesyuarat dengan beberapa individu lain di hotel lima bintang di ibu negara ketika berada di negara ini.

Susulan penahanan lelaki Israel bersenjata api itu, kawalan keselamatan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertingkatkan.

“Melihat kepada isu Palestin-Israel ketika ini, kita perlu berwaspada dengan tahap keselamatan golongan kenamaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa individu lain.

“Dakwaan suspek bahawa dia datang ke Malaysia untuk membunuh individu dari Israel juga tidak boleh diterima sepenuhnya kerana lelaki terbabit mungkin ada agenda lain,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada 29 Mac lalu.

BACA JUGA Ayahanda NGO Islam dikenali ramai kantoi raba dada setiausaha sendiri