Lelaki gila seks tunjuk kemaluan kepada pelajar akhirnya ditahan

Lelaki gila seks tunjuk kemaluan kepada pelajar akhirnya ditahan polis tengah malam semalam. Suspek berusia 38 tahun yang juga penganggur itu ditahan di rumah ibunya di sini pukul 12.30 tengah malam semalam.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona beserta serangkai kunci dan alat kawalan jauh selain sehelai baju warna hitam dan sehelai seluar jeans.

Mengaku tunjuk kemaluan

“Soal siasat mendapati, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu dan memaklumkan telah pergi ke sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di Presint 11 masing-masing pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.

“Ketika berada di hadapan sekolah berkenaan, suspek telah mendekati dan bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan sambil menunjuk dan menggoncang kemaluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek penganggur dan tinggal bersama ibu

Katanya, siasatan juga mendapati suspek merupakan anak keempat dalam keluarga, masih bujang, tiada rekod jenayah lampau dan menetap bersama ibunya yang berusia 74 tahun.

A. Asmadi berkata, suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik dan penunggang p-hailing.

Jelasnya lagi, suspek ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Juga: Guru mengaji hadapi 17 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik 7 tahun lalu mengaku tidak bersalah

Baca Juga: Tindakan wanita gantung kulit durian kerana geram pokok tak nak berbuah, cuit hati netizen