Lelaki guna ayat suci Al-Quran untuk pindahkan kanser kepada pokok, netizen luah rasa bimbang

Lelaki guna ayat suci Al-Quran untuk pindahkan kanser kepada pokok, netizen luah rasa bimbang. Tular seorang bomoh ‘Islam’ yang mampu memindahkan penyakit kanser kepada pokok hingga mengundang pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata tidak mempercayai kaedah rawatan terbabit.

Dalam video tersebut, lelaki warga emas itu mengaku mampu menyembuhkan penyakit yang ditanggung pesakit tanpa memerlukan rawatan kemoterapi seperti yang selalu diguna pakai di hospital.

Lelaki yang dikenali sebagai Pak Lang itu dilihat sedang khusyuk memindahkan sakit barah payudara seorang wanita ke pokok.

Selain itu, rakaman turut menunjukkan keadaan pokok yang dilihat berbenjol-benjol dipercayai ketumbuhan kanser para pesakit yang pernah dirawat oleh Pak Lang itu.

Hanya guna ayat suci dan ilmu yang diperturunkan kepadanya 30 tahun lalu

Katanya lagi, dia hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan ilmu penyembuhan itu telah diperturunkan oleh datuknya sejak 30 tahun yang lalu.

Pak Lang juga memaklumkan bahawa dia hanya mengambil masa 10 minit dan akan ‘menarik’ kanser dari badan pesakit lalu memindahkannya ke pokok.

Kaedah perubatan itu didakwa hanyalah sebagai alternatif dan Pak Lang juga tidak menghalang pesakitnya untuk mencuba cara rawatan yang lain.

“Selalu pesakit akan datang jumpa kami dan proses rawatan akan dilakukan di rumah yang terletak Manjung, Perak. Bayaran yang dikenakan bermula dari RM50” ujarnya lagi.

Baca Juga: Terlalu ramai tumpu ibadah korban di luar negara, mungkin terlupa masih ramai miskin di Malaysia

Baca Juga: Ayuh ke Padang Merbok, pemimpin Pas ini kena perli gara-gara isu tanggal baju dan tudung