Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menerima jantung babi dua bulan lalu, dilapor telah meninggal dunia semalam.
Lelaki berkenaan sebelum ini menggunakan jantung babi yang diubah suai secara genetik sebagai ikhtiar untuk meneruskan kehidupannya kerana menghidap penyakit jantung.
Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC).
Menurut pihak hospital, kesihatannya mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih.
Bagaimanapun, Bennett sempat berhubung dengan keluarganya pada detik-detik terakhir sebelum kematiannya.
Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, dan ia dilakukan pada 7 Januari lalu.
Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.
Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.