Seorang lelaki telah menghadapi sakit mental kerana kasut yang dibelinya baru 6 hari telah koyak.
Ekoran itu beliau telah mengalami tekanan mental akibat peristiwa itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kanpur.
Lelaki di negeri Uttar Pradesh, India menuntut pampasan daripada seorang pekedai selepas gagal menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya kerana sepasang kasut yang dibeli di premis berkenaan koyak.
Laman berita Ary News melaporkan, Gyanendra Bhan Tripathi yang bekerja sebagai peguam, menghantar surat tuntutan kepada penjual tersebut, Salman Hussain pada 19 Januari lalu.
Berdasarkan dokumen tuntutan, Tripathi berkata, dia gagal menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya kerana kasut yang dibeli di kedai Hussain koyak selepas enam hari.
Menurut Tripathi, dia membeli kasut itu pada 21 November 2023. Hussain memberi jaminan bahawa kasut itu adalah daripada jenama terkenal dan mempunyai jaminan selama enam bulan.
Bagaimanapun, kasut itu tidak tahan seminggu sehingga menyebabkan Tripathi tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya.
Tripathi juga berkata, dia mengalami tekanan mental akibat peristiwa itu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kanpur.
Dalam maklum balasnya, Hussain mengaku Tripathi membeli kasut tersebut dari kedainya tetapi menafikan tuduhan dia berbohong bahawa kasut itu daripada jenama terkenal.
Tambah Hussain, Tripathi membeli kasut itu pada harga diskaun 50 peratus dan jaminan yang diberikan meliputi tapak kasut dan bukan kerosakan lain.
Baca juga: Kesal tak berkesudahan, Deepshikha tolak berlakon bersama ‘King of Bollywood’ Shah Rukh Khan