Sini lepas hujan timbulnya kolam renang semula jadi, betapa seronoknya tinggal di Puncak Alam, bukan semua dapat merasai keseronokkan tinggal di sini.
Baru-baru ini timbul video ‘I love Puncak Alam’ yang dimuat naik seorang pengguna TikTok Muhammad Noor Zakaria yang mengkritik kehidupan berumah tangga di Puncak Alam.
Puncak Alam merupakan sebuah bandar yang terletak di Kuala Selangor bagaimanapun ramai yang kesal tinggal di sana.
“Antara sebab bestnya duduk Puncak Alam ini sebab kalau boleh dia nak ajak satu Malaysia duduk dekat Puncak Alam, lepas satu perumahan, satu perumahan lagi dia buat”, katanya.
Bukan setakat perumahan dan pejabat sahaja malah kompleks juga banyak ditemui di Puncak Alam.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila lelaki tersebut memerli semua warga Puncak Alam suka berkenalan di atas jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat daripada jalan yang sempit juga.
“Dekat jalan saja kita boleh berjumpa ramai-ramai dekat situ. Itulah rumah buat besar-besar, jalan jangan. Rumah nak tidur kan, buat apa kita nak besarkan jalan”, katanya.
Tambahnya lagi, kalau perumahan lain lepas hujan akan muncul pelangi. Namun tidak di Puncak Alam kerana lepas hujan akan timbulnya kolam renang semula jadi. Difahamkan, maksud tersirat ayat tersebut merupakan banjir yang melanda kawasan Puncak Alam.
“Betul sangat, perli baik punya. Jalan 1 lane pergi dan balik, swimming pool favourite dekat jalan Proton tu” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 456K tontonan, 19K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Ramai juga yang bersetuju dengan pendapat lelaki itu.
Baca juga: Satu Malaysia kena tipu, rupanya Mimi Lana dan Syafiq Kyle masih bersama!