Lelaki ini mengeluh mulanya bergurau kini jadi masalah besar baginya-Nak jaga 102 anak dan 578 cucu daripada 12 orang isteri

Lelaki ini mengeluh mulanya hanya bergurau dan menjadi masalah besar apabila seramai 102 anak dan 578 Cucu dengan pembelanjaan harian serta kos penjagaan yang semakin meningkat.

Walaupun ada anak seorang pun sudah pening kepala bagaimana pula buat ibu dan ayah yang mempunyai ramai anak?

Seorang lelaki berusia 68 tahun, Musa Hasahya Kasera mengaku dia bergelut untuk menyara keluarga besarnya termasuk 12 isteri, 102 anak dan 578 cucu.

Menurutnya, semuanya bermula sebagai gurauan namun kini ia menjadi masalah besar buat dirinya.

Menurut Musa, dia tidak sekuat dahulu untuk mencari rezeki. Kesannya, dua isterinya meninggalkannya kerana dia tidak mampu untuk memberi perkara asas seperti makanan, pendidikan dan pakaian.

“Dengan kesihatan saya yang lemah dan tanah hanya dua ekar (kira-kira 0.8 hektar) untuk keluarga yang besar, dua isteri saya meninggalkan saya disebabkan tidak mampu membeli barang asas seperti makanan, pendidikan dan pakaian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bugisa, daerah Butalej, di pedalaman Uganda.

“Isteri saya menggunakan alat pencegah kehamilan tetapi saya tidak. Saya tidak menjangka untuk mempunyai anak lagi kerana sudah belajar tindakan tidak bertanggungjawab, mempunyai ramai anak sehingga tidak dapat menjaga mereka,” sambungnya lagi.

Musa mengahwini isteri pertamanya pada tahun 1972 dalam sebuah majlis tradisional ketika mereka berusia 17 tahun. Mereka menerima seorang cahaya mata setahun kemudian.

Jelas Musa, dia dinasihatkan oleh abang dan saudara-mara supaya memiliki ramai isteri agar boleh melahirkan ramai anak untuk meluaskan warisan keluarganya.

Dengan status Musa sebagai seorang pedagang haiwan ternakan dan penyembelih, ramai penduduk kampung yang tertarik dan menawarkan anak mereka. Ada di antara mereka yang berusia bawah 18 tahun.

Anak Musa berjumlah 102 orang, berumur antara 10 hingga 50 tahun. Manakala isterinya yang paling muda berusia sekitar 35 tahun.

Memiliki terlalu ramai ahli keluarga, Musa mengaku dia hanya mengingati nama anak sulung dan anak terakhir. Malah, dia juga tidak mengingati nama beberapa isterinya.

“Saya hanya ingat nama anak sulung dan anak terakhir, malah ada antara anak yang saya tidak ingat nama mereka,” katanya sambil membelek timbunan buku nota lama bagi mencari butiran mengenai kelahiran mereka.

Untuk mengenali ahli keluarganya, Musa akan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan. Dia turut menyimpan data berkaitan keluarga di dalam sebuah buku catatan.

Baca juga: “Kenapa ayah kamu tak pernah datang surau sejak pindah ke sini. Dia baik orangnya. Suka bagi salam”. Rupanya ayah…