Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta. Tertelan kunci kereta? Pelik tapi benar apabila kejadian itu memang berlaku kepada seorang lelaki Arab Saudi, baru-baru ini.
Pasukan perubatan sebuah hospital di wilayah pesisir pantai, Al Qunfudah di Arab Saudi, terpaksa menjalankan pembedahan untuk membuka saluran pernafasan lelaki itu.
Pasukan berkenaan dipuji berjaya menyelamatkan nyawa lelaki itu melalui pembedahan itu.
Kebanyakan sumber berita di Timur Tengah melaporkan, lelaki itu ‘bermain’ dengan kunci sebelum kejadian itu berlaku.
Menurut Gulf News, susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 49 tahun itu dimasukkan ke wad kecemasan.
Berdasarkan laporan sama, kakitangan perubatan menyedari lelaki itu sukar bernafas sebelum pemeriksaan sinar-X menunjukkan, kunci kereta berada dalam saluran pernafasannya.
Pesakit itu memberitahu doktor, dia secara tidak sengaja menelannya semasa bermain dengannya sebelum doktor membuat endoskopi untuk mengeluarkan kunci.
Keputusan ‘membersihkan’ saluran pernafasan yang tersekat dengan kunci itu dianggap tindakan terbaik, namun prosedur itu lebih rumit apabila lelaki itu mengalami masalah jantung.
Nasib lelaki itu baik apabila pembedahan itu berjaya.
Pesakit dipantau dalam wad hospital selama beberapa hari untuk memastikan tiada komplikasi lain berlaku terhadapnya.
Baca juga: Salahguna bahagian peribadi wanita, Produk tuala wanita didesak tarik balik iklan