Seorang lelaki di Thailand bertindak di luar kawalan apabila menjadikan bayinya yang berusia 8 bulan sebagai tebusan untuk memanggil isterinya untuk kembali bersama namun ditolak wanita tersebut.
Suspek yang juga mabuk enggan menyerahkan bayi tersebut hingga menyebabkan ketegangan dalam situasi dan polis di Samun Prakam tetap mencuba memujuk suspek untuk menyerahkan bayi tersebut tanpa mencederakannya.
Culik anak daripada rumah ibu bapa sendiri
Susupek bertindak menculik anaknya daripada rumah ibu bapa sambil membawa sebilah pisau. Ibu bapanya dikatakan segera menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan.
Polis kemudiannya dikerahkan ke daerah Bang Muang di pinggir Bangkok dan menemukan lelaki tersebut di tempat letak kenderaan sambil mendukung anaknya dan memegang pisau.
Hampir satu jam masa diambil bagi polis untuk memujuk lelaki untuk meletakkan senjata, isterinya terpaksa dipanggil ke lokasi kejadian untuk membantu polis.
Video yang dirakam orang ramai menunjukkan ibu bayi berkenaan perlahan-lahan cuba mendekati suaminya dan segera mengambil anaknya.
Larikan diri sebab tak tahan dipukul
Bapa suspek memaklumkan hubungan anaknya dan isteri sudah keruh sejak beberapa tahun lalu. Akibat sering dipukul, isterinya bertindak melarikan diri.
Wanita itu juga adalah pencari rezeki utama kerana sang suami tidak bekerja. Selepas ditinggalkan, suspek dikatakan sering mabuk dan membuat keputusan menculik anaknya sendiri kerana mahukan isteri kembali ke pangkuannya.
Sementara itu, lelaki tersebut telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.
Baca Juga: Bola ‘Hand of God’ disepak Maradona pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong dengan harga RM15.9 juta
Baca Juga: Teksi kenakan caj RM62 untuk jarak 2km atas alasan perlukan wang baiki mesin basuh