Kasih ibu ke syurga, kasih ayah pula selamanya.
Itu yang dapat diungkapkan apabila melihat pengorbanan seorang ayah yang sanggup bersusah payah demi kelangsungan hidup keluarganya.
Tular di media sosial Facebook berkenaan seorang bapa yang berjalan kaki selama 3 jam demi mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri.
Hantaran tersebut yang ditularkan oleh Info Semasa Kajang memperlihatkan lelaki ini yang berpeluh-peluh semasa menerima bantuan.
“Semalam abang ni ada wasap bertanya jika ada lebihan lauk Nasi Kukus Kak Chiq boleh ke sedekah untuk anak-anak beliau (3 orang). Tapi semalam jam 4 petang kami dah tutup.”
“Kami cakap, kalau nak datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari 7 pagi.”
Individu tersebut mendakwa lelaki itu berjalan kaki demi untuk mendapatkan bantuan makanan kerana kenderaannya yang rosak dan tiada sumber pendapatan lain.
Lelaki tersebut turut mengatakan kenderaannya bakal siap minggu hadapan dan hanya mempunyai kudrat sendiri sahaja untuk bergerak kesana dan sini.
“Abang ni kehilangan punca pendapatan sebab motor rosak. Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.”
Melihatkan dirinya yang bersusah payah, hamba Allah ini turut menghulurkan barang keperluan yang termampu selain menumpangkan individu terbabit menaiki ‘grab’ kerana tidak sampai hati melihatnya berjalan kaki.
Rata-rata komen yang diterima mendoakan kesejahteraan hamba Allah yang baik dan juga lelaki terbabit yang bersusah payah demi keluarganya.
“Tahniah anda suka berbahagia rezeki..insyaa Allah akan dpt yg lain berlipat ganda”
“Semoga Allah permudahkan segala urusannya… Aamiin”.
Baca juga: Doktor sahkan Mawi meninggal dunia