Kelicikan seorang lelaki berusia 58 tahun yang telah menikmati hidangan secara percuma di pelbagai restoran sekitar bandar Delft, Belanda, selama beberapa tahun akhirnya terdedah.
Berdasarkan aduan, lelaki tersebut telah makan sebanyak 127 kali tanpa bayaran.
Menurut keterangan pekerja sebuah restoran, Mike Hogeveen, lelaki tersebut dikatakan berpura-pura mengalami serangan strok yang kemudiannya menyebabkan orang ramai membuat panggilan ke paramedik untuk memberikan rawatan.
Nasibnya malang apabila anggota paramedik yang memeriksanya menyedari bahawa dia sebenarnya hanya berpura-pura. Mereka juga menolak membawanya ke hospital seperti yang diminta oleh lelaki tersebut.
Pemilik restoran tersebut kemudian mendekati lelaki itu untuk meminta dia membuat pembayaran namun, dia mencadangkan supaya bayarannya dibuat pada hari berbeza.
Pekerja ambulans juga meminta pemilik restoran supaya melaporkan kepada pihak polis atas salah laku lelaki itu.
Semakan juga mengetahui bahawa lelaki tersebut telah melakukan kegiatannya selama bertahun tahun dan tiada siapa boleh menghalangnya.